CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, December 22, 2009

Never Ever Give Up...



Thursday, December 17, 2009

Kesan Istighfar



Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu Daud

Huraian:

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighf
ar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Saturday, December 5, 2009

Berjaya Juga Akhirnya


Dalam entri pada kali ini, aku rasa nak ceritakan pengalamanku sepanjang mengambil lesen motor dan kereta....hahaha...

Mungkin ada antara kawan-kawanku yg sudah mengetahui kira-kira 5 bulan yg lalu aku telah mengambil test motor dan kereta buat kali pertama....

Result:

Alhamdulillah utk test motor aku lulus..Yiehaa!!

(walaupun sebenarnya aku rasa lebih risau utk ambil test motor daripada kereta sebab aku takut jatuh kat titi dan aku ni bukannya jenis minah rempit ....kah2...sebenarnya aku jarang menunggang motorsikal walaupun kat rumah ada motor )

Utk kereta pula, aku lulus dlm ujian jalan raya...(seronok dah masa ni)

Dgn bersemangatnya aku pun menunggu giliran untuk ujian bukit, parking dan 3 penjuru...bila sampai giliran aku, mmg jantung aku dah berdengup kencang....he2...Aku pun beranikan diri...


"Takpe nisha, kau buat je yg terbaik..masa latihan kan ok je..mesti blh punya"


Aku bermonolog dgn diri sendiri (cara untuk sedapkan hati yg sedang gelisah) he2..

Aku menekan pedal minyak....Broom2....Keretaku mulai naik ke atas bukit...Ok..Tayar sudah ada di dalam garisan kuning...Ok...Aku mengangkat tangan menandakan aku dah bersedia untuk menuruni bukit...(masa ini JPJ lelaki yang ada di luar, melihat saja aksiku) hahaha...

Ok..Aku pun menekan pedal minyak...mengangkat pedal klac perlahan2...tp pada saat itu entah macam mana aku secara tidak sengaja telah tertekan pedan klac secara mengejut dan kesudahannya kereta yg aku naiki bukan menuruni bukit tapi terundur ke belakang semula...hahaha...aduhai...masa itu mmg aku sedih sgt.


"Takpelah nisha takde rezeki lg ni. Cuba lagilah lain kali."
Aku bermonolog lagi...

Lebih kurang 3 minggu selepas itu, kuliah sudah bermula dan aku mengambil test buat kali kedua pada hari Isnin utk parking, bukit dan 3 penjuru, entah macam mana, mungkin Allah ingin mengujiku sekali lagi. Aku gagal juga di bukit...


"Owh Allah, kuatkanlah kesabaranku"
....Jauh di sudut hatiku,
" Sudah la aku terpaksa ponteng satu kuliah hari ini, duit pun melayang, gagal lagi aku buat kali ke-2"


Namun, syukurlah papa, mak dan kenalan rapat tidak putus2 memberi kata semangat agar aku tidak berputus asa...


"InsyaAllah bila sampai masanya, kau akan lulus juga,"
dan "Allah lebih tahu apa yg terbaik untukmu." adalah antara kata2 yang diucapkan padaku agar aku tidak pernah putus harapan untuk lulus.

Alhamdulillah, akhirnya Allah mengabulkan doaku...pada tarikh 4hb Disember (semalam), aku akhirnya lulus semua test (bukit, parking dan 3 penjuru) walaupun aku sebenarnya mengambil masa lebih kurang 1 minit di bukit sebab aku tak berapa berani untuk lepaskan hand-break....(Maklumlah aku masih fobia takut dua pengalaman di bukit sblm ini berlaku lagi.) Syukurlah JPJ yang mengawasiku tak putus2 beri semangat...


"Tak apa, tekan je minyak tu dik...."
katanya.

Aku pun dalam keadaan memejam mata menekan minyak, dan melepaskan hand-break...Tak apalah...Aku tak kisah apa nak berlaku selepas ini pun aku tetap menekan minyak, angkat klac dan lepas hand-break....Alhamdulillah, kereta turun ke bawah jua akhirnya.

Hahaha...Begitulah serba sedikit antara catatan suka dukaku sepanjang mengambil test JPJ di
Sekolah Memandu Gabungan Usaha Maju di Batu Kawan....

Di sini aku ingin kongsi bersama rakan-rakan semua tak kira yg dah ada lesen kereta atau motor mengenai satu nasihat berguna yang diberikan kepadaku daripada seorang guru yang amat aku segani. Katanya:

"Bawa kereta dgn berhati-hati ye dan yg paling penting pastikan kenderaan kita itu dibawa ke tempat yg diredhai Allah :) " InsyaAllah...


Kereta Impianku...

Wednesday, December 2, 2009

Four Exercises to Sharpen Your Brain


Think of your brain as a muscle: Muscle gets stronger with exercise and it is same as our brain.

Try these simple exercises to boost your brain power and clear away the fog of forgetfulness. MySpace




1. Use your non-dominant hand

Tackling new tasks improves brain capacity in younger people. Boost your brain power right now by performing everyday activities with your non-dominant hand.

If you're right-handed:

1) use your left hand to eat, drink, comb your hair, and brush your teeth.
2) try writing your name with your non-dominant hand
3) put your mouse pad on the other side of the keyboard.

Why does this work?

By exercising your brain through the use of non-dominant hand, you are stimulating the opposite side of the brain and activating blood flow, which slows down the brain aging process and improves mental capacity.

Stimulating communication between the two hemispheres also even helps physical balance.

1) Tai Chi coach people to use the right and left side of the body equally.
2) when you play badminton or tennis, switch the racquet to your non-dominant side
and play.

MySpace

2. Work out your brain

You have to use it or lose it! Mental exercises that will keep your brain fit include:

1) doing crossword puzzles,
2) playing chess,
3) memorizing names, shopping lists, and phone numbers.
4) do not use calculator for simple calculation...add manually instead.

Keep challenging yourself with tasks that are new to you.

Whatever mental exercise you choose, the key to success is to practice every day at the same time; you are developing and activating new neural pathways, and consistent cycles will keep the brain on track.




3. Move your fingers to improve your brain

Many people marvel that Asian children seem so intelligent. It could be because they use their fingers more frequently such as:

1) they eat with chopsticks and at one time,
2) they used to compute with an abacus in school.

In fact, some studies have been done with children who use an abacus daily, and findings show that engaging the fingers stimulates nerve endings that go directly to the brain, increasing circulation.

Take advantage of this by practicing motor activities that use your fingertips:

1) do crocheting,
2) knitting,
3) do other arts and crafts where you are manipulating small parts.
4) try playing the piano or a stringed instrument.


MySpace


4. Stimulate brain acuity with self-massage

To improve concentration and memory try this self-massage that stimulates two easy-to-find acupressure points on your neck at the base of the skull.

1) Cross your hands behind you with the palms cradling the back of your head, your thumbs in the grooves on each side of your neck, and your index fingers crossing one another below the skull, just above the thumbs.

2) Sit in a chair, lean your head back, and let it rest against the pressure of your thumbs and index fingers.

3) Slowly inhale deeply through your nose and exhale through your mouth, letting your whole body relax.

Do this for three to five minutes.

You'll increase blood flow to the brain and at the same time relax the neck muscles, which often tense up in response to stress, constricting blood vessels in the area.

So...Let's us sharpen our brain together :) MySpace



Friday, November 27, 2009

Festival of Sacrifice "Aidil Adha"

Assalamualaikum Friends...

When I read on one of an interesting article in iLuvislam.com, I feel that it is good for me to share with all of u the true meaning of sacrifice....

So check it out now!!

Favourite Quotation:

"Orang yang berkata dengan mulut belum tentu mesejnya terkesan dihati.Tapi orang yang berkata dengan hati,mesejnya pasti menusuk jauh ke dalam lubuk hati."

Please go to :

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2080

Tuesday, November 24, 2009

Tilawah Al-Quran

Rasanya sudah lama aku tidak menulis di blog kesayangan ini...Jadual harianku sebagai seorang mahasiswi memang membuatkanku sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan; tutorial, kuliah yang perlu dihadiri, assignment dll...Tapi itu semua bukan kujadikan alasan untuk aku tidak menyertai sebarang kegiatan universiti yg lain. Selain aku dapat menambah pengalaman baru yg berharga dan mengenali ramai kawan baru, secara tak langsung dapat juga aku menambah unit desa yang sememangnya perlu kukumpul untuk memastikan aku dapat terus menghuni desa Saujana pada sidang depan...he2..sambil menyelam minum air

Ermm...aku pun memberanikan diri untuk mengisi nama bagi menyertai pertandingan tilawah al-quran...walaupun aku mengakui yang diriku ini tak punya pengalaman dan pengetahuan taranum yang mendalam tapi tak apalah, aku mula belajar dari peringkat bawah...mujurlah kawan-kawan sekumpulan tak jemu2 membantu diri ini...Terima kasih aku ucapkan pada Kak As, Ain dan Lin yang banyak membetulkan bacaanku sepanjang kita berlatih bersama...

Walaupun aku hanyalah peserta simpanan, aku tetap berusaha berlatih bersama-sama Ain dan Kak As yang memang berpengalaman menyertai banyak pertandingan tilawah sebelum ini...Banyak ilmu taranum seperti asas bayati, rast dan sebagainya yang kupelajari bersama mereka. Aku juga tidak ketinggalan menghadiri Bengkel Taranum yang diadakan di USM Transkrian...

Setiap peserta akan mewakili desasiswa masing2 untuk bertanding pada peringkat desasiswa2 USM...Hanya seorang peserta yang terbaik akan terpilih untuk mewakili USM dalam pertandingan tilawah al-quran yang akan bertanding ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat universiti2 dalam negara...

Hari pertandingan pun tiba...

Walaupun aku hanya sebagai simpanan, aku rasakan debaran di dadaku sungguh kencang, DUB..DUB..DUB...Macam manalah perasaan Ain dan Kak As agaknya sebagai peserta utama ye...Mudah-mudahan mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik. Doaku titip untuk mereka agar mereka berjaya menguasai bacaan al-quran dengan bertajwid dan bertaranum.

Alhamdulillah....akhirnya mereka berdua berjaya membaca dengan baik tanpa sebarang masalah. Kami makan tengah hari bersama-sama sambil berbincang tentang persembahan mereka dan perserta-peserta lain yang tidak kurang mantapnya. Keputusan akan diumumkan pada majlis penutup pada malamnya, maka kami berempat mengambil keputusan untuk berehat sementara di bilik yang telah disediakan untuk peserta2 tilawah di desasiswa Lembaran.

Apabila keputusan diumukan, Ain wakil dari ahli kumpulan kami yang mewakili Desasiswa Saujana telah dinobatkan sebagai peserta wanita terbaik untuk pertandingan tilawah ini. Alhamdulillah hatiku gembira dengan keputusan ini. Tak sia-sia rasanya kami berlatih bersama-sama...Kami berempat bersyukur kerana dapat mengharumkan nama Desasiswa Saujana...Penggawa Saujana, Dr Wan Rose yang turut hadir pada malam itu juga kelihatannya cukup bangga dan gembira dengan kejayaan Ain.

Di bawah ini, aku paparkan detik2 bahagia sepanjang bengkel taranum diadakan dan setelah Ain diumumkan sebagai pemenang...

Semasa bengkel taranum...di Desa Lembaran...
Bersama 2 rmate seperjuangan.....Bai dari Desa Bakti Permai dan adik Fatihah


Dari kiri, kak As, Lin, Ain (Juara), Nisha dan Fatihah...Wakil dan pengurus peserta Saujana.

Meronda menikmati keindahan USM Transkrian...

Renungan Berguna :)



Ya Allah...kau kuatkanlah cintaku kepadaMu...

Aku tak ingin kehilangan cintaMu...

Ilahi, tuntunlah hatiku untuk meletakkan rasa cintaku pada cintaMu yg agung...

Amin.

Friday, June 19, 2009

In Team - Lirik 'Sentuhanmu'


Mesti ada rakan2 yang pernah dengar lagu 'Sentuhanmu' nyanyian kumpulan In-Team... Di bawah ini, saya sertakan lirik lagunya utk kt hayati maksud tersirat di sebalik lagu ini...


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu


Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan


Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera


Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


to download..

http://nasyidfm.multiply.com/music


Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

sempena Hari Bapa


Rasanya dah hampir 3 minggu aku tak menulis di blog...rindu pula rasanya...apa topik yg aku nk utarakan ye???


ha..ah, baru aku teringat sekarang ni kan bulan Jun, bulan kita menyambut hari bapa...jd aku rasa nk kongsi dgn rakan2 semua mengenai satu kisah mengenai kasih sayang antara anak-bapa yg aku baca di sebuah lmn web...

semoga kt semua dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar dr kisah di bwh...selamat membaca :)


Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.


"Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah."

Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.


"Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?"

Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.


"Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal."

Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya.


"Ayah,Amin tanya sikit boleh?"

Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.


"Ada apa sayang ayah?" tanya Encik Rashid dengan lembut.





"Berapa pendapatan ayah sejam?"

Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.


"Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur."

Suara si ayah sedikit menengking.


"Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat."

Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.


"RM 20 sejam, kenapa nak tahu?"

Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.


"Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?"

Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.


"Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur."

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.


"Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!"

Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.


"Nak apa lagi?" tengking Encik Rashid.

Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.


"Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?"
lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.

Amir memandang ayahnya.


"Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup."

Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.


"Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan."

Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.


"Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah."





"Ya Allah ampunilah segala dosa papa dan makku....rahmatilah mereka dgn rahmatMu. Berikan mereka segala yg terbaik di dunia dan di akhirat kelak...Ya Allah, Ya Rabbal Alamin...Amin ":)

Sunday, May 24, 2009

Lesen...


Semalam, hari Sabtu, pagi-pagi lagi aku dah bertolak pergi ke Pusat Latihan Sekolah Memandu Gabungan Usaha Maju, Batu Kawan...Syukur pd Illahi...setelah aku melengkapkan kursus KPP dan lulus ujian memandu berkomputer dgn jayanya, skrng aku dlm proses nk dptn lesen L...mmg bersemangat tinggi masa tue...Hik..Hik...

MySpace

sebab dah lama x pegang motor...first time bawa motor masa 3 jam amali tue cuak dan tak biasa gak la rasanya...lagi satu aku jd cuak sebab ramai org tgh tengok aku bawa motor masa kat circuit tue...

MySpace

dah la masa tue tgh hari...matahari tegak atas kepala...Ya Allah, Tuhan saja yg tahu perasaan aku masa tue...lama jg la aku berlatih supaya dpt biasakan diri atas circuit tue...

alhamdulillah...pukul 3.30 petang latihan aku pun tamat...Yey..Yey...Boleh Balik... Aku akui mmg aku sgt letih dan penat hari tue.

Jauh di sudut hatiku, aku hanya mampu berdoa,
Ya Allah, mudahkanlah urusanku agar aku dapat menyempurnakan semua urusan utk mendapat lesen motor dan kereta dgn jayanya...AMIN

MySpace

Friday, May 22, 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak




Today I read about one article that I find interesting and new to me and maybe to some of us...so I want to share it with all friends...may all of us can apply this good habit as part of our life :) InsyaAllah.


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Sahabat-sahabatku, sedarkah kita ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Petikan artikel "Kesan Zikir Terhadap Otak"-www.iLuvislam.com

Wednesday, May 20, 2009

My Luvly One :)


At first, I really do not know where was this cute and lovely cat came from. However, things that I was really sure, this cat suddenly came to bright and cherish our life at my new home at IPD Kerian Quarters...

'Jaket' was the name that my small brother gave to him...The name was quite funny for me at first... When I asked my bro why he gave such a name like that, the answer was simple. He gave that unique name because the cat looks like wearing a black and white jacket.... Errmm..whatever bro...as you happy with it. It was usual for a small child to imagine things right? He..He..He..

Actually, Jaket had became part of my daily life...He is quite a clever cat...A type of cat which usually follow the instructions given to him...
Ex: When I asked him to sit...he will sit...Ermmm..such a good cat...

The funny thing about him that I love the most was he would follow my mother everywhere my mother goes... Sometimes, he was willing to follow mum going up and down the stairs for several times when mum wants to hang out wet clothes in front of the parking lot every morning...(we have to use stairs as my home was at the 1st floor) Kih..Kih..

Lastly, I was the loyal one who fed him with 'Friskies' every morning as he would came to my leg and starting to purr..Meoww..Meoww.Auww...

This was Jaket favourite place to sleep..."Mak..look he was sleeping at your beloved antique chair with his head on my teddy bear's leg"

MySpace


The First Five Minutes





Fifteen minutes later


Wednesday, May 13, 2009

Ulasan "Ayat-ayat Cinta"




Novel Ayat-Ayat Cinta atau secara mudahnya aku ringkaskan sebagai AAC pada pandanganku antara novel terbaik yang pernah aku baca...Pasti anda tertanya-tanya mengapa aku katakan sedemikian...



Kata orang "tak kenal, maka tak cinta"

Before I go further, let me give you more details on AAC novel first.



Title: Ayat-Ayat Cinta

Writer: Habiburrahman El-Shirazy

Publisher: Al-Hidayah Publishers

Year Publish: Mei, 2008

Page Numbers: 510

Some comments for this novel:

"Ayat-ayat cinta adalah novel yang sangat bagus dan lengkap kandungannya. Ini bukan hanya novel sastera dan novel cinta, tapi juga novel politik, novel budaya, novel reliji, novel fiqh, novel etika, novel bahasa dan novel dakwah. Sangat bagus utk dibaca siapa saja."
-Ustadz H. Abu Ridho

"HAMKA kecil telah lahir, AAC, buktinya!"
-Prie GS

'AAC, ceritanya bagus sekali. Di zmn spt ini, masih ada org sebaik Fahri. Aku sempat nangis saat membacanya."
-Jamal Hassan
PR & Promotion Manager di MD Entertainment


Pendapatku:

Unsur dakwah disampaikan dgn cara yg sgt berhemah dan halus. Fahri menerangkan kpd Alicia, wartawan Barat yg sdg mengupas isu perlakuan Islam terhadap golongan wanita. Ini sekaligus menafikan tanggapan negatif Barat yg melihat Islam memandang rendah pd kaum wanita.
(Ada ke org sebaik si Fahri ni sekarang?)

Watak Aisha sebagai watak wanita yg sgt cantik (digambarkan semasa dia membuka purdahnya sebelum berkahwin dgn Fahri. Aku yg baca pun tak tahu nk gmbrn mcm na?? He..He..) Aisha ni jg wanita yg solehah, pintar, kuat semangat dan aku katakan seorang wanita bertuah sebab terpilih sbg isteri kpd Fahri.

Karakter Fahri yg tekun melakukan terjemahan buku utk mendapatkan wang bg menampung kos hidup sbg pelajar di bumi asing (mendorong aku utk memahami xde yg mustahil bila kt dah ltkkan azam yg kuat utk mendapatkan sstu. CHAYOK2 NISHA!!)

Hubungan yg erat atr Muslim n non-Muslim yg cukup harmoni dan erat. Fahri yg berjiran dgn keluarga Maria mmg cukup baik hubungannya wpun berbeza pegangan agama dan kepercayaan. (digambarkan semasa Fahri memberikan hadiah ulang thn kelahiran kepada ibu Maria, Madame Nahed dan adik Maria, Yousef. Sweet la...sbb tu Maria pun suka kat Fahri nie)

Sememangnya aku kagum dgn Fahri. Dalam diam, sbnrnya ramai yg suka pada peribadi mulia Fahri ini. Di bawah, aku siap senaraikan antara wanita yg sukakan Fahri. Antara calon-calonya: (TENG..TENG..TENG)
  • Nurul (Ketua Wihdah, induk organisasi mahasiswi Indonesia di Mesir yg diminta Fahri memberikan bantuan kpd Noura yg didera oleh bapanya yg garang mcm singa tu).
  • Noura (didera oleh bapanya tp diselamatn Fahri)
  • Maria (bacalah lembaran diarinya yg menyatakan perasaan cintanya pd Fahri yg diberi kpd Fahri oleh Tn. Boultros semasa Maria tidak sedarkan diri) Sayu sungguh..
  • Aisha (wanita yg berjaya menambat hati Fahri)


Setakat ini dululah ulasan ttg novel kesayanganku, novel AAC ini.

Aku cdngkan kpd kwn2 yg tgh cari novel yg bagus utk dibaca, jgn rasa ragu-ragu untuk membeli novel ini...Cubalah dulu...Pasti anda akan tersenyum puas selepas habis membacanya :)



Saturday, May 9, 2009

Utk Bonda Tercinta:)

Tomorrow is mother's day :) ermmm...apa aku nk beri pd bonda tercinta sbg tanda yg aku stsa sayangkan dia..nk bg benda mahal2...duit x cukup pula...hu2..Akhirnya, stlh lama berfikir aku cadang nk hadiahn puisi ini khas utk bonda tersayang, Zainab bt Mohamad...


MAK

Aku dapat melihat salju kasihmu
dalam redup matamu,
Aku dapat merasa kuatnya nurani seorang ibu
berada dalam pelukan hangatmu,
Aku dapat melihat cintamu pada diriku
dalam setiap senyumanmu,

MAK

Masa kian berlalu,
Di hadapan matamu
Aku kini sudah meningkat dewasa
Namun satu yang tak dapat aku nafikan
keakraban diriku denganmu
masih utuh aku rasakan
walaupun kini aku sering saja jauh dari matamu
menunaikan kewajipanku
menuntut ilmu di bumi USM

MAK

Aku dapat menyelami
hatimu yang tulus dan suci
hatimu yang sering mendambakan
kejayaan
kebahagiaan
kesenangan
dan
kebaikan
melimpah ruah
dalam hidup setiap anak-anakmu

MAK

Adakah kau tahu
Betapa selesanya aku
bila ada tangan yg merawat diriku
di kala aku dalam kesakitan
betapa gembiranya aku
bila jari-jemarimu yang halus itu menyapu air mataku
di saat aku kesedihan
betapa girangnya aku
bila ada hati yang turut bergembira
di saat aku mengecap nikmat bahagia

MAK

Ingin saja kukhabarkan pada seluruh isi dunia
Bahawa sesungguhnya
akulah insan yang amat bertuah
kerana diberikan peluang
untuk memiliki dirimu
Sekalung doa aku titipkan
pada yang maha ESA
agar
mengampuni dosa-dosamu...
melimpahkan kesejahteraan ke atas dirimu...
agar kekal berbahagia dirimu
di dunia dan akhirat hendaknya..AMIN.
Terima kasih MAK :)


Selamat Hari Ibu
ku ucapkan kepadamu..MAK.


p/s:
Selamat Hari Ibu juga ku tujukan kpd semua wanita yg bergelar ibu...Walau apa jua gelaran yang kita berikan kpd wanita penting dlm hidup kita ini: ibu, mak, mummy,bonda,umie (ha..ha...teringat kat zue) dll...belajarlah utk menghargai ibu kita pd setiap saat. Jagalah hati ibu sebaiknya dan balaslah jasa mereka kerana tanpa ibu tiadalah kita di dunia ini...ye kan??

Ingatlah syurga seorang anak itu letaknya di bawah tapak kaki ibunya. Wallahualam..

Luv u MAK..





Tuesday, May 5, 2009

Nak tahu sesuatu ttg sahabat??

Aku selalu terfikir ttg sahabat...Siapakah yang dikatakan sahabat ye? Adakah perlu sahabat ini seorang yang kaya dan cantik? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Memiliki satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah untuk menjadi sahabat yg baik kita perlu mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat??? (petikan artikel diambil dr www.iluvislam.com)

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, itu mmg hakikat kehidupan yg cukup aku sedar. Sebabnya manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Ini memang aku akui. Jika kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang solehah, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang tidak baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api dan bau besi yg busuk. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka sedikit tidak kita pasti akan terpalit dengan harumannya.. Paling utama pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

#terima kasih Allah kerana mengurniakanku sahabat2 yg baik...nisha sayang sahabat2 nisha...terima kasih sahabat kerana sanggup meluangkan masa mendengar rintihan hati ini di saat aku dilanda kesedihan. tak jemu2 menjadi pemberi semangat yg setia agar diri ini sentiasa melangkah dengan yakin menghadapi ranjau kehidupan...Ya Allah kurniakan kepada sahabat2ku kebaikan atas segala pertolongan mereka terhadapku. Amin :)

Monday, May 4, 2009

Journey Begin

The journey will begin now...

Wah, siapa sangka kini aku dah punya blog sendiri. Kalau dulu asyik tengok kwn2 punya blog, but now I have got one also :)

Sebelum buat blog ni, aku selalu terfikir "Best ke bila kita ada blog sendiri?"
"Apa fungsi blog sbnrnya?" Adakah blog hanya satu tempat untuk mencurahkan perasaan semata-mata. Alamak ! Bosanlah aku kalau macam tu. Jadi, aku pun mula menilai blog kwn2 yang aku rasakan agak best.

My Results: Blog ni selain boleh dibuat diari kehidupan, dapat jg digunakan utk mengasah skil penulisan. Mungkin ada antara kwn-kwnku yg tak tahu bahawa aku suka menulis. Kadang2 kalau rasa boring, sajak pun aku boleh hasilkan. He2...

OK...aku amat mengharapkan respons yg bernas dr kwn2 untuk baiki mutu penulisan dalam percubaanku yg pertama utk menulis blog...jgn segan2 utk komen ye :) TQ.