Aku selalu terfikir ttg sahabat...Siapakah yang dikatakan sahabat ye? Adakah perlu sahabat ini seorang yang kaya dan cantik? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Memiliki satu hala tuju dan matlamat yang selari?
Mestikah untuk menjadi sahabat yg baik kita perlu mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..
Kenapa mesti kita bersahabat??? (petikan artikel diambil dr www.iluvislam.com)
1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, itu mmg hakikat kehidupan yg cukup aku sedar. Sebabnya manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..
2. Sahabat adalah cermin diri kita. Ini memang aku akui. Jika kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang solehah, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..
3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang tidak baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api dan bau besi yg busuk. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka sedikit tidak kita pasti akan terpalit dengan harumannya.. Paling utama pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...
#terima kasih Allah kerana mengurniakanku sahabat2 yg baik...nisha sayang sahabat2 nisha...terima kasih sahabat kerana sanggup meluangkan masa mendengar rintihan hati ini di saat aku dilanda kesedihan. tak jemu2 menjadi pemberi semangat yg setia agar diri ini sentiasa melangkah dengan yakin menghadapi ranjau kehidupan...Ya Allah kurniakan kepada sahabat2ku kebaikan atas segala pertolongan mereka terhadapku. Amin :)
Tuesday, May 5, 2009
Nak tahu sesuatu ttg sahabat??
Posted by nishacutie at 3:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment