Tomorrow is mother's day :) ermmm...apa aku nk beri pd bonda tercinta sbg tanda yg aku stsa sayangkan dia..nk bg benda mahal2...duit x cukup pula...hu2..Akhirnya, stlh lama berfikir aku cadang nk hadiahn puisi ini khas utk bonda tersayang, Zainab bt Mohamad...
MAK
Aku dapat melihat salju kasihmu
dalam redup matamu,
Aku dapat merasa kuatnya nurani seorang ibu
berada dalam pelukan hangatmu,
Aku dapat melihat cintamu pada diriku
dalam setiap senyumanmu,
MAK
Masa kian berlalu,
Di hadapan matamu
Aku kini sudah meningkat dewasa
Namun satu yang tak dapat aku nafikan
keakraban diriku denganmu
masih utuh aku rasakan
walaupun kini aku sering saja jauh dari matamu
menunaikan kewajipanku
menuntut ilmu di bumi USM
MAK
Aku dapat menyelami
hatimu yang tulus dan suci
hatimu yang sering mendambakan
kejayaan
kebahagiaan
kesenangan
dan
kebaikan
melimpah ruah
dalam hidup setiap anak-anakmu
MAK
Adakah kau tahu
Betapa selesanya aku
bila ada tangan yg merawat diriku
di kala aku dalam kesakitan
betapa gembiranya aku
bila jari-jemarimu yang halus itu menyapu air mataku
di saat aku kesedihan
betapa girangnya aku
bila ada hati yang turut bergembira
di saat aku mengecap nikmat bahagia
MAK
Ingin saja kukhabarkan pada seluruh isi dunia
Bahawa sesungguhnya
akulah insan yang amat bertuah
kerana diberikan peluang
untuk memiliki dirimu
Sekalung doa aku titipkan
pada yang maha ESA
agar
mengampuni dosa-dosamu...
melimpahkan kesejahteraan ke atas dirimu...
agar kekal berbahagia dirimu
di dunia dan akhirat hendaknya..AMIN.
Terima kasih MAK :)
Selamat Hari Ibu
ku ucapkan kepadamu..MAK.
Aku dapat melihat salju kasihmu
dalam redup matamu,
Aku dapat merasa kuatnya nurani seorang ibu
berada dalam pelukan hangatmu,
Aku dapat melihat cintamu pada diriku
dalam setiap senyumanmu,
MAK
Masa kian berlalu,
Di hadapan matamu
Aku kini sudah meningkat dewasa
Namun satu yang tak dapat aku nafikan
keakraban diriku denganmu
masih utuh aku rasakan
walaupun kini aku sering saja jauh dari matamu
menunaikan kewajipanku
menuntut ilmu di bumi USM
MAK
Aku dapat menyelami
hatimu yang tulus dan suci
hatimu yang sering mendambakan
kejayaan
kebahagiaan
kesenangan
dan
kebaikan
melimpah ruah
dalam hidup setiap anak-anakmu
MAK
Adakah kau tahu
Betapa selesanya aku
bila ada tangan yg merawat diriku
di kala aku dalam kesakitan
betapa gembiranya aku
bila jari-jemarimu yang halus itu menyapu air mataku
di saat aku kesedihan
betapa girangnya aku
bila ada hati yang turut bergembira
di saat aku mengecap nikmat bahagia
MAK
Ingin saja kukhabarkan pada seluruh isi dunia
Bahawa sesungguhnya
akulah insan yang amat bertuah
kerana diberikan peluang
untuk memiliki dirimu
Sekalung doa aku titipkan
pada yang maha ESA
agar
mengampuni dosa-dosamu...
melimpahkan kesejahteraan ke atas dirimu...
agar kekal berbahagia dirimu
di dunia dan akhirat hendaknya..AMIN.
Terima kasih MAK :)
Selamat Hari Ibu
ku ucapkan kepadamu..MAK.
p/s:
Selamat Hari Ibu juga ku tujukan kpd semua wanita yg bergelar ibu...Walau apa jua gelaran yang kita berikan kpd wanita penting dlm hidup kita ini: ibu, mak, mummy,bonda,umie (ha..ha...teringat kat zue) dll...belajarlah utk menghargai ibu kita pd setiap saat. Jagalah hati ibu sebaiknya dan balaslah jasa mereka kerana tanpa ibu tiadalah kita di dunia ini...ye kan??
Ingatlah syurga seorang anak itu letaknya di bawah tapak kaki ibunya. Wallahualam..
Luv u MAK..
0 comments:
Post a Comment