Rasanya sudah lama aku tidak menulis di blog kesayangan ini...Jadual harianku sebagai seorang mahasiswi memang membuatkanku sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan; tutorial, kuliah yang perlu dihadiri, assignment dll...Tapi itu semua bukan kujadikan alasan untuk aku tidak menyertai sebarang kegiatan universiti yg lain. Selain aku dapat menambah pengalaman baru yg berharga dan mengenali ramai kawan baru, secara tak langsung dapat juga aku menambah unit desa yang sememangnya perlu kukumpul untuk memastikan aku dapat terus menghuni desa Saujana pada sidang depan...he2..sambil menyelam minum air
Ermm...aku pun memberanikan diri untuk mengisi nama bagi menyertai pertandingan tilawah al-quran...walaupun aku mengakui yang diriku ini tak punya pengalaman dan pengetahuan taranum yang mendalam tapi tak apalah, aku mula belajar dari peringkat bawah...mujurlah kawan-kawan sekumpulan tak jemu2 membantu diri ini...Terima kasih aku ucapkan pada Kak As, Ain dan Lin yang banyak membetulkan bacaanku sepanjang kita berlatih bersama...
Walaupun aku hanyalah peserta simpanan, aku tetap berusaha berlatih bersama-sama Ain dan Kak As yang memang berpengalaman menyertai banyak pertandingan tilawah sebelum ini...Banyak ilmu taranum seperti asas bayati, rast dan sebagainya yang kupelajari bersama mereka. Aku juga tidak ketinggalan menghadiri Bengkel Taranum yang diadakan di USM Transkrian...
Setiap peserta akan mewakili desasiswa masing2 untuk bertanding pada peringkat desasiswa2 USM...Hanya seorang peserta yang terbaik akan terpilih untuk mewakili USM dalam pertandingan tilawah al-quran yang akan bertanding ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat universiti2 dalam negara...
Hari pertandingan pun tiba...
Walaupun aku hanya sebagai simpanan, aku rasakan debaran di dadaku sungguh kencang, DUB..DUB..DUB...Macam manalah perasaan Ain dan Kak As agaknya sebagai peserta utama ye...Mudah-mudahan mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik. Doaku titip untuk mereka agar mereka berjaya menguasai bacaan al-quran dengan bertajwid dan bertaranum.
Alhamdulillah....akhirnya mereka berdua berjaya membaca dengan baik tanpa sebarang masalah. Kami makan tengah hari bersama-sama sambil berbincang tentang persembahan mereka dan perserta-peserta lain yang tidak kurang mantapnya. Keputusan akan diumumkan pada majlis penutup pada malamnya, maka kami berempat mengambil keputusan untuk berehat sementara di bilik yang telah disediakan untuk peserta2 tilawah di desasiswa Lembaran.
Apabila keputusan diumukan, Ain wakil dari ahli kumpulan kami yang mewakili Desasiswa Saujana telah dinobatkan sebagai peserta wanita terbaik untuk pertandingan tilawah ini. Alhamdulillah hatiku gembira dengan keputusan ini. Tak sia-sia rasanya kami berlatih bersama-sama...Kami berempat bersyukur kerana dapat mengharumkan nama Desasiswa Saujana...Penggawa Saujana, Dr Wan Rose yang turut hadir pada malam itu juga kelihatannya cukup bangga dan gembira dengan kejayaan Ain.
Di bawah ini, aku paparkan detik2 bahagia sepanjang bengkel taranum diadakan dan setelah Ain diumumkan sebagai pemenang...
Bersama 2 rmate seperjuangan.....Bai dari Desa Bakti Permai dan adik Fatihah
2 comments:
salam...
tahniah utk kalian semua!!
nisha, next time cuba lg..jd pserta utama lak..hehe :)
thanx azie dear :)
sbg peserta utama, bnyk lg ilmu taranum yg perlu dipelajari....insyaallah..
Post a Comment