CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, December 5, 2009

Berjaya Juga Akhirnya


Dalam entri pada kali ini, aku rasa nak ceritakan pengalamanku sepanjang mengambil lesen motor dan kereta....hahaha...

Mungkin ada antara kawan-kawanku yg sudah mengetahui kira-kira 5 bulan yg lalu aku telah mengambil test motor dan kereta buat kali pertama....

Result:

Alhamdulillah utk test motor aku lulus..Yiehaa!!

(walaupun sebenarnya aku rasa lebih risau utk ambil test motor daripada kereta sebab aku takut jatuh kat titi dan aku ni bukannya jenis minah rempit ....kah2...sebenarnya aku jarang menunggang motorsikal walaupun kat rumah ada motor )

Utk kereta pula, aku lulus dlm ujian jalan raya...(seronok dah masa ni)

Dgn bersemangatnya aku pun menunggu giliran untuk ujian bukit, parking dan 3 penjuru...bila sampai giliran aku, mmg jantung aku dah berdengup kencang....he2...Aku pun beranikan diri...


"Takpe nisha, kau buat je yg terbaik..masa latihan kan ok je..mesti blh punya"


Aku bermonolog dgn diri sendiri (cara untuk sedapkan hati yg sedang gelisah) he2..

Aku menekan pedal minyak....Broom2....Keretaku mulai naik ke atas bukit...Ok..Tayar sudah ada di dalam garisan kuning...Ok...Aku mengangkat tangan menandakan aku dah bersedia untuk menuruni bukit...(masa ini JPJ lelaki yang ada di luar, melihat saja aksiku) hahaha...

Ok..Aku pun menekan pedal minyak...mengangkat pedal klac perlahan2...tp pada saat itu entah macam mana aku secara tidak sengaja telah tertekan pedan klac secara mengejut dan kesudahannya kereta yg aku naiki bukan menuruni bukit tapi terundur ke belakang semula...hahaha...aduhai...masa itu mmg aku sedih sgt.


"Takpelah nisha takde rezeki lg ni. Cuba lagilah lain kali."
Aku bermonolog lagi...

Lebih kurang 3 minggu selepas itu, kuliah sudah bermula dan aku mengambil test buat kali kedua pada hari Isnin utk parking, bukit dan 3 penjuru, entah macam mana, mungkin Allah ingin mengujiku sekali lagi. Aku gagal juga di bukit...


"Owh Allah, kuatkanlah kesabaranku"
....Jauh di sudut hatiku,
" Sudah la aku terpaksa ponteng satu kuliah hari ini, duit pun melayang, gagal lagi aku buat kali ke-2"


Namun, syukurlah papa, mak dan kenalan rapat tidak putus2 memberi kata semangat agar aku tidak berputus asa...


"InsyaAllah bila sampai masanya, kau akan lulus juga,"
dan "Allah lebih tahu apa yg terbaik untukmu." adalah antara kata2 yang diucapkan padaku agar aku tidak pernah putus harapan untuk lulus.

Alhamdulillah, akhirnya Allah mengabulkan doaku...pada tarikh 4hb Disember (semalam), aku akhirnya lulus semua test (bukit, parking dan 3 penjuru) walaupun aku sebenarnya mengambil masa lebih kurang 1 minit di bukit sebab aku tak berapa berani untuk lepaskan hand-break....(Maklumlah aku masih fobia takut dua pengalaman di bukit sblm ini berlaku lagi.) Syukurlah JPJ yang mengawasiku tak putus2 beri semangat...


"Tak apa, tekan je minyak tu dik...."
katanya.

Aku pun dalam keadaan memejam mata menekan minyak, dan melepaskan hand-break...Tak apalah...Aku tak kisah apa nak berlaku selepas ini pun aku tetap menekan minyak, angkat klac dan lepas hand-break....Alhamdulillah, kereta turun ke bawah jua akhirnya.

Hahaha...Begitulah serba sedikit antara catatan suka dukaku sepanjang mengambil test JPJ di
Sekolah Memandu Gabungan Usaha Maju di Batu Kawan....

Di sini aku ingin kongsi bersama rakan-rakan semua tak kira yg dah ada lesen kereta atau motor mengenai satu nasihat berguna yang diberikan kepadaku daripada seorang guru yang amat aku segani. Katanya:

"Bawa kereta dgn berhati-hati ye dan yg paling penting pastikan kenderaan kita itu dibawa ke tempat yg diredhai Allah :) " InsyaAllah...


Kereta Impianku...

6 comments:

waniey said...

wah, congratz.. akhirny..

nishacutie said...

alhamdulillah..tq so much waniey...nisha seronok sgt akhirnya berjaya juga memegang lesen sendiri...tapi kena banyak berlatih lagi supaya lebih cekap...:)

Azie said...

congratz nisha!!

i like diz quote: "...pastikan kenderaan kita itu dibawa ke tempat yg diredhai Allah..."

(n_n)v

nishacutie said...

tq so much azie...

nisha pun suka jg quote yg sgt mendalam maksudnya tu :)

insyaallah...sama2 kt usahakan agar kt aplikasikan dlm kehidupan kt...

ILYAS said...

omedetoo!! (congrat)

After this you really gonna be minah impak maksima (kereta) haha...

nishacutie said...

hahahaha...ganas tu...

thanx ilyas :)