Alhamdulillah, bibirku tidak lekang dr menuturkan kalimah suci ini. Tak dapat aku gambarkan betapa tenangnya jiwa ini apabila diri ini mula memahami erti sebenar sebuah ukhwah. Aku dapat rasakan hari-hari yg dilalui menjadi lebih terisi dgn kerja-kerja yg berfaedah.
Hari ini dan semalam, aktiviti mabit yg ku hadiri membuatkan aku faham makna sebuah persahabatan yg berlandaskan ukwahfillah. Semalam, walaupun aku rasa diri ini tidak berapa sihat dengan kepala yg masih pening dan rasa mual akibat salah makan, ku gagahkan jg diri utk mendengar tazkirah yg disampaikan oleh kakak Habibah, pelajar thn 4 jurusan Medic di Penang Medical College yg bertajuk Makrifatullah. Tazkirahnya sarat dengan peringatan, nasihat dan cerita daripada pengalamannya yg sangat berharga. Ku rasakan ukhti Habibah ini seorang yg sgt tenang dan bijak dalam menyusun kata agar kami dapat memahami perkataannya. Seronok hati ini melihat peribadinya.
Selepas itu, peningku makin menjadi-jadi. Yani, Salwa, Zu dan Farah bertanyakan keadaanku. Aku sgt terharu apabila Yani menawarkan diri utk memicit kepalaku ini. Owh, Allah saja yg dapat membalas budi baikmu, Yani. Ringan sikit rasa kepala ini. Namun, selepas itu, aku meminta diri utk pulang ke kamar utk berehat. Aku berasa terkilan jg tak dapat menyertai mereka. Tapi, tak mengapalah, mungkin ada hikmahnya.
Pagi ini, aku bangun memunaikan kewajipanku sbg Muslim. Tak lama selepas itu, Zu datang mengetuk bilik dan bertanyakan adakah aku ingin turut serta utk riadah. Katanya, kwn2 yg lain asyik bertanyakan keadaanku. Sekali lagi, hati dirundung rasa terharu. Manisnya sebuah ukhwah. Tidak mahu menghampakan kwn2 ku, aku bersiap-siap utk aktiviti riadah. Futsal dan bola jaring ialah aktivitinya. He2, Futsal!!! Ini kali pertama aku bermain futsal. Susah ke permainan ini, ye??? Macam-macam juga aku fikirkan sepanjang perjalanan ke gelanggang.
Setibanya di sana, aku dan Zu ditawarkan utk memilih kumpulan masing-masing dan aku masuk ke kumpulan 2. Subhanallah, seronoknya aku rasakan. Patutlah sahabatku Salwa pernah memberitahuku bahawa permainan ini mmg best dan mmg aku tak nafikannya. Seronok sgt aku pagi ini. Selain dapat mengeluarkan peluh, kenanganku yg manis ialah aku dapat berkenalan dgn rakan-rakan baru, Nabilah, Fatinah, Asma' dll. Tak pernah pula aku jumpa mereka ini dalam kawasan kampus. Rupa-rupanya, mereka sebaya denganku dan ada antaranya ialah junior2 dari course yg berbeza. Apa yg membuatkan aku sgt happy ialah selepas group 2 diumumkan memenangi kedua-dua perlawanan, futsal dan bola jaring. Yeah!!! Terima kasih sahabat2 kerana membuatkan diri ini gembira dengan kehadiranmu.
Selepas itu, aku, Salwa, Kak Hidayah dan Asma' singgah sebentar di kafe tekun utk membasahkan tekak yg haus ini. Nikmatnya ku rasakan apabila air buah yg sejuk ini mampu menghilangkan dahagaku di kala aku sgt kepenatan dan kehausan. Thank You Allah :)
Rumusannya, sebuah persahabatan yg berlandaskan ukhwah ialah sebuah persahabatan yg diredhai Allah. Saling berpesan-pesan demi kebenaran dan berpesan-pesan demi kesabaran akan membuahkan satu sinergi yg akan menguatkan hubungan silaturrahim yg erat sesama kita. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya ke atas diriku, dan diri sahabat-sahabatku. Amin~
Saturday, October 30, 2010
Ukhuwah fillah~
Posted by nishacutie at 11:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
82
Post a Comment