Alhamdulillah, bibirku tidak lekang dr menuturkan kalimah suci ini. Tak dapat aku gambarkan betapa tenangnya jiwa ini apabila diri ini mula memahami erti sebenar sebuah ukhwah. Aku dapat rasakan hari-hari yg dilalui menjadi lebih terisi dgn kerja-kerja yg berfaedah.
Hari ini dan semalam, aktiviti mabit yg ku hadiri membuatkan aku faham makna sebuah persahabatan yg berlandaskan ukwahfillah. Semalam, walaupun aku rasa diri ini tidak berapa sihat dengan kepala yg masih pening dan rasa mual akibat salah makan, ku gagahkan jg diri utk mendengar tazkirah yg disampaikan oleh kakak Habibah, pelajar thn 4 jurusan Medic di Penang Medical College yg bertajuk Makrifatullah. Tazkirahnya sarat dengan peringatan, nasihat dan cerita daripada pengalamannya yg sangat berharga. Ku rasakan ukhti Habibah ini seorang yg sgt tenang dan bijak dalam menyusun kata agar kami dapat memahami perkataannya. Seronok hati ini melihat peribadinya.
Selepas itu, peningku makin menjadi-jadi. Yani, Salwa, Zu dan Farah bertanyakan keadaanku. Aku sgt terharu apabila Yani menawarkan diri utk memicit kepalaku ini. Owh, Allah saja yg dapat membalas budi baikmu, Yani. Ringan sikit rasa kepala ini. Namun, selepas itu, aku meminta diri utk pulang ke kamar utk berehat. Aku berasa terkilan jg tak dapat menyertai mereka. Tapi, tak mengapalah, mungkin ada hikmahnya.
Pagi ini, aku bangun memunaikan kewajipanku sbg Muslim. Tak lama selepas itu, Zu datang mengetuk bilik dan bertanyakan adakah aku ingin turut serta utk riadah. Katanya, kwn2 yg lain asyik bertanyakan keadaanku. Sekali lagi, hati dirundung rasa terharu. Manisnya sebuah ukhwah. Tidak mahu menghampakan kwn2 ku, aku bersiap-siap utk aktiviti riadah. Futsal dan bola jaring ialah aktivitinya. He2, Futsal!!! Ini kali pertama aku bermain futsal. Susah ke permainan ini, ye??? Macam-macam juga aku fikirkan sepanjang perjalanan ke gelanggang.
Setibanya di sana, aku dan Zu ditawarkan utk memilih kumpulan masing-masing dan aku masuk ke kumpulan 2. Subhanallah, seronoknya aku rasakan. Patutlah sahabatku Salwa pernah memberitahuku bahawa permainan ini mmg best dan mmg aku tak nafikannya. Seronok sgt aku pagi ini. Selain dapat mengeluarkan peluh, kenanganku yg manis ialah aku dapat berkenalan dgn rakan-rakan baru, Nabilah, Fatinah, Asma' dll. Tak pernah pula aku jumpa mereka ini dalam kawasan kampus. Rupa-rupanya, mereka sebaya denganku dan ada antaranya ialah junior2 dari course yg berbeza. Apa yg membuatkan aku sgt happy ialah selepas group 2 diumumkan memenangi kedua-dua perlawanan, futsal dan bola jaring. Yeah!!! Terima kasih sahabat2 kerana membuatkan diri ini gembira dengan kehadiranmu.
Selepas itu, aku, Salwa, Kak Hidayah dan Asma' singgah sebentar di kafe tekun utk membasahkan tekak yg haus ini. Nikmatnya ku rasakan apabila air buah yg sejuk ini mampu menghilangkan dahagaku di kala aku sgt kepenatan dan kehausan. Thank You Allah :)
Rumusannya, sebuah persahabatan yg berlandaskan ukhwah ialah sebuah persahabatan yg diredhai Allah. Saling berpesan-pesan demi kebenaran dan berpesan-pesan demi kesabaran akan membuahkan satu sinergi yg akan menguatkan hubungan silaturrahim yg erat sesama kita. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya ke atas diriku, dan diri sahabat-sahabatku. Amin~
Saturday, October 30, 2010
Ukhuwah fillah~
Posted by nishacutie at 11:23 AM 1 comments
Wednesday, June 16, 2010
Precious Moments
Minggu lepas, papa membawa kami bersiar-siar di Taman Tasik Taiping. Aku memang rasa happy sangat kalau dapat pergi ke Taman Tasik. Bukan apa, tempat itu akan membuatkan hati aku rasa sangat tenang. Memang aku suka berkunjung ke situ untuk beriadah. Kalau tak beriadah dgn family tersayang pun, aku suka tengok orang lain jogging, kanak-kanak kecil yg comel bermain-main di taman permainan, telatah pakcik penjual aiskrim membunyikan loceng mencari sesuap rezeki dan bakal dikerumuni oleh anak-anak kecil yang ingin membeli aiskrim jualannya dan macam-macam lagi gelagat manusia yang seribu satu ragamnya.
Pada masa-masa macam ini, mulalah fikiran ini menerawang mengingatkan kehidupan aku sebagai pelajar di MRSM Taiping yang letaknya tak berapa jauh dari Taman Tasik. Tempoh 2 tahun di MRSM ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Kenangan pahit dan manis mula bermain-main di fikiranku. He2..Terfikir pula, seronoknya kalau saat-saat manis itu dapat diputarkan kembali. Tetapi, kemudian aku sedar hidup ni kena sentiasa pandang ke hadapan. Biarkan kenangan-kenangan dahulu terlipat kemas dalam kotak memori ingatan ini.
Tak jauh dari MRSM dan Taman Tasik, ada satu lagi tempat yg memang aku sukai iaitu Bukit Larut atau Maxwell Hill. Aku dan papa pernah sama-sama hiking di Bukit Larut ini beberapa kali. Jika kami tidak hiking pun, kami akan berjoging di trek yang telah disediakan hingga ke puncak bukit. He2... Tapi kami tak pernah lagi sampai ke puncak, selalunya kami akan berhenti dan turun semula ke kaki Bukit Larut pada perhentian ke-2. Aku akui memang penat tapi itulah satu pengalaman yang memang menyeronokkan.
Inilah antara gambar terbaik yang sempat ku abadikan semasa ke Taman Tasik baru-baru ini. Nanti nak pergi lagilah. BYE2!
Posted by nishacutie at 3:16 PM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
Part Time Job
I think it has been so long that I do not update my blog. Last week, I am so busy with my literature microteaching and other assignments to be sent. Nevertheless, I took this chance to post new entry during the weekend. I admit that life as a university student is a busy life. But....Nisha, remember one thing....No excuse to do what you really like, right?? he2.
Today, I want to write about my part time job as one of the tutor under PPIP school during weekends on Saturday and Sunday. This is my first time becoming a teacher for the primary school children. I had been given the responsibility to teach the Standard Four and Standard Six students. Wow!! It was such a great experience to me as a teacher to be.
I have to face many attitudes of the students. There are some of them which are good students. The type of students who really attend the tuiton classes in other to study and realise that it was not good to waste their parents' money. However, not all of them are totally good and nice. Sometimes, as a child who still in the process to discover their identity and in their way to understand the true meaning of life, it is normal for them to behave as immature person. Girls and boys chasing each other in class as one of them started to say something which was not so nice about their parents' name was some of the usual case happen in class while I am standing in front of the class and was teaching them grammar and the vocab that they should acquire in English...wuahhhh...
When things like this occur, I realise that this is the time when I should apply all the psychology aspects that I had learned during my first and second year's lecture. First of all, don't panic. Teacher should be cool. Do not scold them in front of their friends in class as this will make them feel shame. Do a slow talk with them. Find other alternatives to vary our lesson. For example, I can make them learn English in an enjoyable way through fun language games. Maybe when I do this, they will sit properly at their own place and started to learn the lesson as they should do before. I had tried this plan and Alhamdulillah finally I can manage to control most of the classes well. I have to find their interest point in learning the language and encourage them to build up their proficiency in English in a great way.
Now, as I have my own students, there is one thing that I would never forget to do as a good teacher. I will always pray for their excellence in life. May Allah give them a good life in this world and in the hereafter :) Amin.
Posted by nishacutie at 6:23 PM 0 comments
Thursday, February 25, 2010
Al-Quran My Inspiration !!!
Friends....Do you realize that Al-Quran is our true inspiration???
~Read this meaningful quote and you will realize it.~
"If Allah is with you, then whom do you have to fear?
if Allah is against you, then what hope do you have?"
It is so meaningful right??
So, together we read Al-Quran as part of our daily life. InsyaAllah !!
Posted by nishacutie at 6:41 PM 0 comments
Tuesday, January 5, 2010
Sem Baru dengan Harapan Baru...
Sudah masuk minggu ke-2 aku berada di USM... Aku sematkan dalam hati utk memulakan sem yg baru dgn meluruskan niat untuk menuntut ilmu demi mencapai keredhaan Allah..
Bila hati dah ikhlas, Insyaallah mudahlah ilmu melekat di jiwa..mudah-mudahan...
Awal-awal ini, tak ada lagi tugasan dan assignment yg bertimbun2...Aku dah tengok course outline. Dateline kebanyakannya lambat lagi. But I try to make sure that there will be no more last minutes jobs...Tak nak lah buat kerja last minit...Bukan apa, pengalaman yg lalu dah banyak beri iktibar...Hahaha...Tapi, alhamdulillah setakat ni, result course work mmg banyak membantu aku dapat gred yg baik... kalau course work ok..xde lah nk risau sgt...fokus pd exam je lah...
Bila aku baca blog seorang teman sekelasku masa di MRSM Taiping dulu yang menceritakan tentang budak2 kelas 412/512, kenangan dan memori silam mula bermain di mata...Rindunya kat kawan2 dan cikgu2 yg banyak menabur bakti dalam memastikan kami sentiasa success....Kelas kami penuh dgn budak2 yg jenuh jg ragamnya...Ada yang nakal, suka mengusik, kaki surau, kaki study, kaki gosip pun ada...Biasalah masa tu kan tengah alami konflik identiti...sibuk mencari identiti yg terbaik utk diri masing2...Hahaha...Ini yg menyebabkan kelas kami mmg SEMPOI... Macam-macam ada :0
Cikgu homeroom aku yang dua orang tu: Cikgu Fauzi dan Cikgu Musalmah, apa pula khabarnya ye?? Dengar cerita daripada Cikgu Abrar masa aku ke MARESMART sem lepas sebab ada tugasan interview guru, katanya Cikgu Fauzi dah pindah ke MRSM Kuching...Tak ada rezeki aku nk jumpa dia...Cikgu Abrar yg mmg sporting tu pula tak menang tangan melayan segala kerenah aku...Yelah...Siap bagi senarai jawapan kepada semua soalan yang bakal aku tanyakan kpd dia sebelum interview...Cikgu mmg BEST sgt!! Thanks Cikgu! Satu benda yang buat aku rasa sgt terharu tentang Cikgu Abrar ialah bila dia beritahu yang dia masih ingat kpdku...Dia cerita ada jg kawan kelas aku yang lain datang melawat dia. Kalau tak salah aku, Ijan ada datang melawat.
Sebenarnya zaman sekolah adalah antara memori yg terbaik bgku....Banyak perkara baru yg aku pelajari dan di situlah aku belajar menjadi seorang insan yg bergelar manusia. Menjadi manusia yang berdiri di atas kakinya sendiri...InsyaAllah..
Owh...benarlah masa sentiasa berputar dan tak akan kembali lagi. Hanya pengalaman dan kenangan zaman sekolah dahulu yg akan tersimpan kemas dalam lipatan memoriku...Tak sangka dalam seronok menaip, rupanya aku ada kelas LKM400 pukul 5 petang ni. So, I have to go now...BYE2 :)
Posted by nishacutie at 3:08 PM 4 comments