CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 16, 2010

Precious Moments


Minggu lepas, papa membawa kami bersiar-siar di Taman Tasik Taiping. Aku memang rasa
happy sangat kalau dapat pergi ke Taman Tasik. Bukan apa, tempat itu akan membuatkan hati aku rasa sangat tenang. Memang aku suka berkunjung ke situ untuk beriadah. Kalau tak beriadah dgn family tersayang pun, aku suka tengok orang lain jogging, kanak-kanak kecil yg comel bermain-main di taman permainan, telatah pakcik penjual aiskrim membunyikan loceng mencari sesuap rezeki dan bakal dikerumuni oleh anak-anak kecil yang ingin membeli aiskrim jualannya dan macam-macam lagi gelagat manusia yang seribu satu ragamnya.

Pada masa-masa macam ini, mulalah fikiran ini menerawang mengingatkan kehidupan aku sebagai pelajar di MRSM Taiping yang letaknya tak berapa jauh dari Taman Tasik. Tempoh 2 tahun di MRSM ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Kenangan pahit dan manis mula bermain-main di fikiranku. He2..Terfikir pula, seronoknya kalau saat-saat manis itu dapat diputarkan kembali. Tetapi, kemudian aku sedar hidup ni kena sentiasa pandang ke hadapan. Biarkan kenangan-kenangan dahulu terlipat kemas dalam kotak memori ingatan ini.

Tak jauh dari MRSM dan Taman Tasik, ada satu lagi tempat yg memang aku sukai iaitu Bukit Larut atau Maxwell Hill. Aku dan papa pernah sama-sama
hiking di Bukit Larut ini beberapa kali. Jika kami tidak hiking pun, kami akan berjoging di trek yang telah disediakan hingga ke puncak bukit. He2... Tapi kami tak pernah lagi sampai ke puncak, selalunya kami akan berhenti dan turun semula ke kaki Bukit Larut pada perhentian ke-2. Aku akui memang penat tapi itulah satu pengalaman yang memang menyeronokkan.

Inilah antara gambar terbaik yang sempat ku abadikan semasa ke Taman Tasik baru-baru ini. Nanti nak pergi lagilah. BYE2!