Sudah masuk minggu ke-2 aku berada di USM... Aku sematkan dalam hati utk memulakan sem yg baru dgn meluruskan niat untuk menuntut ilmu demi mencapai keredhaan Allah..
Bila hati dah ikhlas, Insyaallah mudahlah ilmu melekat di jiwa..mudah-mudahan...
Awal-awal ini, tak ada lagi tugasan dan assignment yg bertimbun2...Aku dah tengok course outline. Dateline kebanyakannya lambat lagi. But I try to make sure that there will be no more last minutes jobs...Tak nak lah buat kerja last minit...Bukan apa, pengalaman yg lalu dah banyak beri iktibar...Hahaha...Tapi, alhamdulillah setakat ni, result course work mmg banyak membantu aku dapat gred yg baik... kalau course work ok..xde lah nk risau sgt...fokus pd exam je lah...
Bila aku baca blog seorang teman sekelasku masa di MRSM Taiping dulu yang menceritakan tentang budak2 kelas 412/512, kenangan dan memori silam mula bermain di mata...Rindunya kat kawan2 dan cikgu2 yg banyak menabur bakti dalam memastikan kami sentiasa success....Kelas kami penuh dgn budak2 yg jenuh jg ragamnya...Ada yang nakal, suka mengusik, kaki surau, kaki study, kaki gosip pun ada...Biasalah masa tu kan tengah alami konflik identiti...sibuk mencari identiti yg terbaik utk diri masing2...Hahaha...Ini yg menyebabkan kelas kami mmg SEMPOI... Macam-macam ada :0
Cikgu homeroom aku yang dua orang tu: Cikgu Fauzi dan Cikgu Musalmah, apa pula khabarnya ye?? Dengar cerita daripada Cikgu Abrar masa aku ke MARESMART sem lepas sebab ada tugasan interview guru, katanya Cikgu Fauzi dah pindah ke MRSM Kuching...Tak ada rezeki aku nk jumpa dia...Cikgu Abrar yg mmg sporting tu pula tak menang tangan melayan segala kerenah aku...Yelah...Siap bagi senarai jawapan kepada semua soalan yang bakal aku tanyakan kpd dia sebelum interview...Cikgu mmg BEST sgt!! Thanks Cikgu! Satu benda yang buat aku rasa sgt terharu tentang Cikgu Abrar ialah bila dia beritahu yang dia masih ingat kpdku...Dia cerita ada jg kawan kelas aku yang lain datang melawat dia. Kalau tak salah aku, Ijan ada datang melawat.
Sebenarnya zaman sekolah adalah antara memori yg terbaik bgku....Banyak perkara baru yg aku pelajari dan di situlah aku belajar menjadi seorang insan yg bergelar manusia. Menjadi manusia yang berdiri di atas kakinya sendiri...InsyaAllah..
Owh...benarlah masa sentiasa berputar dan tak akan kembali lagi. Hanya pengalaman dan kenangan zaman sekolah dahulu yg akan tersimpan kemas dalam lipatan memoriku...Tak sangka dalam seronok menaip, rupanya aku ada kelas LKM400 pukul 5 petang ni. So, I have to go now...BYE2 :)