CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, June 19, 2009

In Team - Lirik 'Sentuhanmu'


Mesti ada rakan2 yang pernah dengar lagu 'Sentuhanmu' nyanyian kumpulan In-Team... Di bawah ini, saya sertakan lirik lagunya utk kt hayati maksud tersirat di sebalik lagu ini...


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu


Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan


Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera


Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa


Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


to download..

http://nasyidfm.multiply.com/music


Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

sempena Hari Bapa


Rasanya dah hampir 3 minggu aku tak menulis di blog...rindu pula rasanya...apa topik yg aku nk utarakan ye???


ha..ah, baru aku teringat sekarang ni kan bulan Jun, bulan kita menyambut hari bapa...jd aku rasa nk kongsi dgn rakan2 semua mengenai satu kisah mengenai kasih sayang antara anak-bapa yg aku baca di sebuah lmn web...

semoga kt semua dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar dr kisah di bwh...selamat membaca :)


Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.


"Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah."

Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.


"Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?"

Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.


"Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal."

Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya.


"Ayah,Amin tanya sikit boleh?"

Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.


"Ada apa sayang ayah?" tanya Encik Rashid dengan lembut.





"Berapa pendapatan ayah sejam?"

Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.


"Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur."

Suara si ayah sedikit menengking.


"Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat."

Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.


"RM 20 sejam, kenapa nak tahu?"

Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.


"Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?"

Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.


"Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur."

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.


"Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!"

Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.


"Nak apa lagi?" tengking Encik Rashid.

Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.


"Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?"
lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.

Amir memandang ayahnya.


"Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup."

Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.


"Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan."

Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.


"Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah."





"Ya Allah ampunilah segala dosa papa dan makku....rahmatilah mereka dgn rahmatMu. Berikan mereka segala yg terbaik di dunia dan di akhirat kelak...Ya Allah, Ya Rabbal Alamin...Amin ":)